Pages

Pages - Menu

Wednesday 31 October 2012

Mengikat Persaudaraan

Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan di antara saudara-saudara “Ikhwan Muslimin”, maka mereka sendiri hendaklah memandang mustahak perkara-perkara yang berikut: -
  1. Mengadakan perkelahan yang bercorak kebudayaan untuk melawat ke tempat-tempat yang bersejarah, gudang-gudang perusahaan, dan sebagainya.
  2. Mengadakan perkelah-kelahan riadzah pada tiap tiap bulan.
  3. Mengadakan perkelah-kelahan berdayong sampan.
  4. Mengadakan perkelah-kelahan ke bukit-bukit, ke padang-padang pasir dan ke ladang-ladang.
  5. Mengadakan bermacam-macam perkelahan dengan mengguna basikal.
  6. Berpuasa seminggu sekali atau dua minggu sekali.
  7. Sembahyang Subuh berjama’ah di masjid Sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  8. Berikhtiar

APAKAH KITA SEBENARNYA SEORANG MUSLIM ??


Ada beberapa kalimah yang sering bermain di bibir setiap orang, kecil atau besar, tetapi tidak ramai di kalangan mereka yang memahami dengan mendalam dan sungguhsungguh akan pengertian kalimah-kalimah itu.
Dan oleh kerana terlampau banyak dipertuturkan maka dengan sendirinya terbentuklah suatu pengertian secara singkat di fikiran setiap orang. Bila seseorang menyebut kalimah tersebut maka pengertian itulah yang dimaksudkan olehnya; dan begitu juga bila seseorang mendengar ianya disebut maka yang segera terlintas di fikirannya ialah pengertian yang sempit itu juga, sedangkan makna dan ertinya yang tepat dan padat masih lagi kabur di kalangan golongan terpelajar, apa lagi di kalangan golongan awam yang jahil.
Umpamanya dua kalimah "ISLAM" dan "MUSLIM", alangkah larisnya ia diucapkan.
Tetapi berapa ramaikah di kalangan mereka yang menyebutnya itu yang merasakan dengan sungguh-sungguh pengertian yang terkandung di dalam dua kalimah itu. Berapa ramaikah di kalangan mereka yang mendengarnya yang memahami dengan mendalam apa yang tersirat dari maksudnya. Sesungguhnya di kalangan orang muslimin sendiri - belakangkan yang bukan muslimin - 99% bahkan lebih ramai lagi yang mendakwa diri mereka muslim dan mengaku agama mereka Islam, tetapi mereka tidak mengetahui apakah dia muslim dan apakah dia Islam yang sebenarnya.
Maka hari ini marilah kita mengambil sedikit waktu untuk memahami dua kalimah ini. Jika anda melihat kepada gelagat manusia di segi i'tikad dan amalan, anda akan dapati mereka kebanyakannya terbahagi kepada tiga golongan.
  1. Orang yang dengan terang-terang mengagungkan kebebasan berfikir dan beramal. Setiap perkara dalam hidup mereka hanya berpegang kepada pendapat mereka sendiri dan hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh fikiran mereka. Cara bekerja bagi mereka ialah apa yang pada pandangan mereka betul. Mereka tidak mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana agama dan tidak mengikutinya.
  2. Terdiri dari orang-orang yang zahirnya berpegang pada suatu agama yang tertentu, tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri. Mereka tidak pernah merujuk kepada agama untuk mengambil pegangan-pegangan atau peraturan hidup. Kadang-kadang mereka mengambil setengah pegangan mengikut kehendak hawa nafsu, kecenderungan dan keperluan diri dan hidup mereka. Mereka bekerja dengan cara sendiri kemudian cuba menyesuaikan agama mengikut rekaan mereka. Maka mereka pada hakikatnya bukan penganut agama, tetapi agama yang menjadi penganut hawa nafsu mereka.
  3. Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal mereka, malah memberhentikannya langsung. Lalu mereka pun merangkaklah di belakang manusia dengan mengikut mereka secara membabi-buta; sama ada manusia-manusia itu datuk nenek mereka atau orang-orang yang semasa dengan mereka.

Golongan yang pertama, mereka ini tenggelam dalam kebebasan sehingga mereka tidak mengetahui sempadan yang sebenarnya. Memang kebebasan bekerja dan berfikir itu sesuatu yang betul kalau menurut had-hadnya, tetapi bila sudah melampaui batas dia akan menjadi sesat. Seseorang yang hanya bergantung pada pendapat sendiri sematamata dan menghukum menurut akalnya sahaja dalam semua perkara akan terjerumus dalam salah faham dan kesilapan. Dia merasakan bahawa ilmu dan akalnya telah meliputi semua perkara di dunia ini. Tidak ada suatu hakikat pun dan tidak ada satu
kebaikan pun yang terlindung dari pengetahuannya. Dia menyangka bahawa dia mengetahui tanda-tanda di setiap jalan, mengetahui setiap kesudahan suatu perkara sepertimana dia mengetahui permulaannya. Sebenarnya sangkaan seperti ini - bahawa dia mengetahui serta dapat memikirkan
semua perkara - pada hakikatnya adalah salah. Kalau seseorang itu mempergunakan akalnya dengan sebenarnya nescaya akal itu akan menunjukkannya bahawa ia - akal - tidak bersifat sepertimana yang disangkakan.

Sesungguhnya seseorang yang memilih akalnya sebagai pemandu dan hanya menuruti jalan yang ditunjukkan oleh akal semata tidak akan terselamat dari kegelinciran, perlanggaran, kebinasaan dan kesesatan. Kebebasan berfikir dan bekerja seperti ini juga merbahaya bagi sesuatu negara/perkumpulan masyarakat. Kerana kebebasan berfikir ertinya seseorang itu tidak akan percaya kecuali apa yang betul menurut fikirannya dan tidak akan menurut suatu jalan kecuali apa yang ditunjukkan oleh akalnya. Sedangkan mengikut kehendak masyarakat pula kebalikan dari itu; iaitu setiap individu yang berada didalam sesuatu masyarakat wajiblah mengikut prinsip-prinsip dan dasar-dasar pokok yang terdapat dalam masyarakat itu. Tindak-tanduknya mestilah bersesuaian dengan adat dan kebudayaan serta undang-undang yang mengatur kehidupan masyarakat.
Ini bererti bahawa kebebasan berfikir dan bekerja itu bertentangan dengan kehendak cara hidup bermasyarakat. Sesungguhnya kebebasan seperti ini sering mencetuskan sifat-sifat keakuan, keegoan
dan kekacauan di kalangan individu, sedangkan masyarakat & negara menghendaki mereka supaya patuh, taat dan setia. Oleh itu di mana ada kebebasan yang mutlak maka tidak adalah tamadun negara dan di mana ada tamadun maka tidak dapat tidak mereka terpaksa mengorbankan sedikit daripada kebebasan berfikir dan beramal demi keuntungan yang lebih banyak.


Golongan yang kedua pula lebih buruk keadaannya dari golongan pertama. Golongan
pertama hanya sesat sahaja, tetapi golongan kedua pendusta, penipu serta munafik. Sekiranya seseorang itu dapat menyesuaikan antara agamanya, fikirannya dankecenderungannya dalam batas-batas yang sihat, maka dia boleh mengikuti agama dengan tidak mengurangkan kebebasannya dalam berfikir dan bekerja. Begitu juga seandainya kecenderungan seseorang berlawanan dengan agama, dia rela menerima hukum agama dan menyalahkan kecenderungannya maka betullah dakwaannya bahawa ia mengikuti agama itu. Tetapi sebaliknya jika prinsipnya dan amalannya terang-terang menyalahi ajaran agama, namun dia tetap menganggap bahawa fikirannyalah yang betul sedang ajaran agarna itu salah, kemudian dia cuba pula mengolah ajaran agama supaya sesuai
dengan fikirannya dan tabiatnya; maka orang yang serupa ini kita tidak sahaja menggelarnya bodoh kerana orang yang bodoh tidak mungkin melakukan penipuan dan kepesongan yang seperti ini, bahkan kita akan memanggilnya pendusta dan pembohong. Dan kita akan terpaksa menuduh bahawa dia tidak berani menhentam agama dengan terus-terang lalu dia mendakwa beriman dengan secara munafik. Jika tidak maka apakah gerangan yang menghalangnya berpindah terus dari agama yang
ajarannya bertentangan dengan akalnya dan berlawanan dengan fikirannya serta menyekatnya dari mengikuti jalan yang disukai oleh hatinya dengan sepenuhnya, malah jalan yang telah dilaluinya dengan sebenarnya.

Dan golongan yang ketiga adalah paling jelek sekali berbanding dengan golongan yang
lain di segi kewarasan akal. Adapun kesalahan dua golongan tadi ialah mereka membebankan akal dengan sesuatu yang di luar kemampuannya, tetapi kesalahan golongan ini mereka tidak mempergunakan akal langsung, atau menggunakannya dengan penggunaan yang tidak dapat dibezakan antara ada dengan tidaknya. Manakah keaiban yang lebih besar dari seorang berakal yang berpegang pada suatu akidah yang tertentu tetapi tidak mempunyai sebarang dalil akan kebenaran akidah yang dipegangnya itu kecuali hanya semata-mata ajaran itu dianuti oleh datuk neneknya atau
lantaran itulah yang dipegang oleh sesuatu bangsa yang sedang berada di puncak ketinggian di zaman itu. Sesungguhnya orang-orang yang memegang suatu jalan dalam hal-hal yang berhubungan dengan keagamaan atau keduniaan yang diwarisinya dari datuk nenek atau generasi yang terdahulu, ataupun ia memilih jalan lain berdasarkan bahawa jalan itulah yang sedang dikagumi di kalangan bangsa-bangsa yang maju ketika itu, maka orang yang seperti ini seolah-olah telah menonjolkan dirinya bahawa dalam kepalanya tidak ada otak atau dalam otaknya tidak ada kekuatan untuk berfikir. Dia tidak punya potensi untuk membezakan antara yang salah dengan yang betul. Andainya dia secara kebetulan dilahirkan di rumah Yahudi maka dia akan percaya akan kebenaran agama Yahudi. Kalau dia dilahirkan di rumah Islam maka dia percaya akan kebenaran Islam. Atau dilahirkan dalam keluarga Kristian maka dia akan menjadi penganut Kristian.
Begitulah dengan secara kebetulan juga, yang berkuasa di zamannya bangsa kulit putih barat maka dia menganggap setiap tradisi barat itu lambang kemajuan dan neraca kehebatan. Kalau yang berkuasa di zamannya orang Cina nescaya baginya tradisi Cinalah yang menjadi lambang kemajuan. Dan kalau yang berkuasa hari ini orang Negro di Afrika maka tidak syak lagi Negrolah yang menjadi lambang ketamadunan manusia di sisi orang yang berfikiran cetek tadi.

Sebenarnya bukanlah suatu bukti yang boleh diterima bahawa sesuatu itu dikatakan
betul atau benar kerana ia telah diamalkan oleh datuk nenek atau generasi yang terdahulu atau kerana ia diamalkan oleh dunia hari ini. Andainya orang-orang bodoh yang dahulu dan sekarang melakukan sesuatu, kita tidak seharusnya mengikuti orang orang itu dengan membuta-tuli. Tidak sepatutnya kita menuruti setiap jejak orang lama atau moden tanpa dikaji dan difikirkan dahulu. Apakah kita mahu menambatkan diri kita di setiap ekor binatang yang ditunggangi orang tanpa mempersoalkan apakah ia berlari ke jalan yang penuh duri atau sedang menuju kejurang kesesatan?
Sesungguhnya kita telah diberi akal supaya kita dapat membezakan antara yang betul dan yang palsu. Sebelum kita mengikuti seseorang hendaklah kita melihat terlebih dahulu: Mahu ke manakah orang ini?

Islam telah menganggap ketiga-tiga jenis orang ini sebagai terjerumus dalam kebatilan dan kesesatan.
Adapun golongan yang pertama mereka tidak memilih orang yang membawa cahaya sebagai pemandu bagi mereka dan di tangan mereka sendiri juga tidak mempunyai cahaya yang sebenar untuk menyuluh jalan hidup mereka. Mereka tidak ubahlah seperti melontar benda yang tidak ada atau meraba di dalam gelap-gelita. Tidak boleh melangkah ke mana-mana atau akan terjerumus ke jurang bahaya kerana mereka hanya mengagak-agak sendiri tanpa suatu kepastian. Mereka menghadapi dua kemungkinan; sama ada salah atau betul, tetapi lebih dekat kepada kesalahan.

(Dan orang-orang yang menyeru sekutu-sekutu (sembahan-sembahan) selain Allah,
tidak mengikuti suatu keyakinan kecuali prasangka belaka. Dan mereka hanyalah
berdusta) Yunus: 66.
 

(Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka sedang sesungguhnya prasangka itu
tidak berguna sedikitpun untuk mencapai kebenaran) An-Najm: 28.
 

(Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh
hawa nafsu mereka. Padahal sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari
Tuhan mereka. Atau apakah manusia akan dapat segala yang dicita-citakannya) An-
Najm: 23-24.
 

(Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah
mengunci mati pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberi petunjuk sesudah Allah?) Al-
Jaatsiyah: 23.
 

(Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan
tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi
petunjuk orang-orang yang zalim) Al-Qashash: 50.




Pendukung golongan kedua di zaman turunnya Al-Quran ialah Bani Israel yang mendakwa menjadi pengikut Nabi Musa a.s. dan berpegang pada Taurat, tetapi pegangan dan amalan mereka kebanyakannya berlawanan dengan pimpinan Musa a.s. dan ajaran Taurat. Mereka tidak segan-segan dengan penyelewengan mereka itu. Mereka bukan memperbetulkan fikiran dan amalan mereka. Mereka menyembunyikan ajaran Taurat yang asal dan menggantikan di tempatnya fikiran mereka sendiri seolaholah itulah pengajaran yang diturunkan. Orang-orang yang cuba memberikan kesedaran
kepada mereka dari berterusan dalam kesesatan dan maksiat dan mengajak mereka kembali mengikut ajaran Allah yang berlawanan dengan hawa nafsu mereka disambut dengan celaan dan cacian sehingga kadang-kadang ada yang dibunuh.

Kepada mereka ini Allah berfirman:
(Mereka suka merobah perkataan Allah dari tempat-tempatnya dan mereka sengaja melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya dan kamu (Muhammad) sentiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka yang tidak berkhianat) Al-Maaidah: 13.
 

(Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur-adukkan yang hak dengan yang batil dan
menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuil) Al Imran:71.
 

(Setiap datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, maka sebahagian dari Rasul-Rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka dibunuh) Al-Maaidah: 70.





Kemudian dengan terang-terang Allah berkata kepada mereka:

(Katakanlah: Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepadamu dari
Tuhanmu (Al-Quran) Al Maaidah: 68.
Dan tentang golongan yang ketiga pula Allah berfirman :
(Dan apabila dikatakan kepada mereka: "lkutilah apa yang telah diturunkan Allah!"
Mereka rnenjawab: "Tidak! Tetapi kami hanya mengikut apa yang telah kami dapati dari perbuatan nenek rnoyang kami!" Apakah mereka akan mengikuti juga walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk) Al-
Baqarah: 170.
 

(Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikut kepada apa yang diturunkan
Allah dan kepada Rasul." Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami
dapati bapa-bapa kami mengerjakannya." Apakah mereka akan mengikuti juga nenek
moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan
tidak pula rnendapat petunjuk?) Al-Maaidah: 104.
 

(Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini nescaya
mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti
prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta) Al-An'aam: 116.


Golongan ketiga:
Sesungguhnya orang-orang yang tidak menggunakan akal dan fikiran mereka dan tidak tahu membezakan dengan sendiri antara yang betul dan yang salah, malah mengiku sahaja orang lain dengan buta tuli telah dihukum oleh Al-Quran dengan:

(Mereka tuli, bisu dan buta. Mereka tidaklah akan kembali ke ialan yang benar) Al-
Baqarah: 18.


Dan diumpamakan mereka seperti binatang, bahkan lebih jelek darinya, kerana binatang
tidak mempunyai akal, sedangkan mereka mempunyai akal tetapi tidak
mempergunakannya.
 

(Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah
orang-orang yang lalai) Al-A'raaf: 179.




Ketiga-tiga golongan yang melampau dan keterlaluan ini telah ditolak oleh Al-Ouran dan
menggantikannya dengan suatu umat yang sederhana dan stabil, umat pertengahan
yang menegakkan keadilan.



Apakah jalan pertengahan dan kestabilan ini? Inilah jalannya!
Pertama-tama tembusilah segala benteng kebudayaan lama dan aliran-aliran baru yang
terbentang di hadapan anda.
Bukalah mata anda dalam pancaran akal yang sejahtera dan waras dan pandanglah
dengan sendiri yang mana haq dan yang mana batil.
Apakah atheisma yang betul atau ketuhanan?
Apakah tauhid yang betul atau syirik?



Apakah untuk merentasi jalan lurus manusia berhajat kepada hidayat Allah Taala atau tidak?
Apakah para Nabi dan Muhammad a.s. semuanya benar atau dusta - barang dijauhkan Allah ?
Apakah jalan yang ditunjukkan oleh Al-Quran itu lurus atau bengkang-bengkok?


Andainya hati anda mengiktiraf bahawa:
fitrah manusia memerlukan keimanan kepada Tuhan dan, Tuhan itu ialah Allah yang tiada sekutu bagi-Nya dan, hati kecil anda mengakui bahawa manusia tidak dapat dinafikan lagi berhajat kepada
nur dari sisi Allah demi merentasi jalan yang lurus dalam hidupnya dan nur itu ialah apa yang telah dibawakan oleh para Nabi dan Rasul a.s. yang merupakan petunjuk kebenaran untuk manusia sepanjang zaman dan, sesungguhnya kehidupan murni yang dihayati oleh Nabi Muhammad s.a.w. di dunia ini menunjukkan bahawa manusia yang menjalani kehidupan yang penuh dengan kesucian yang maha tinggi itu tidak mungkin sekali-kali menipu alam sejagat - jika ia telah mendakwa bahawasanya ia seorang Rasul dari sisi Allah maka sudah pasti dakwaannya itu benar - dan, jika anda membaca Al-Quran, akal anda memutuskan bahawa jalan yang lurus untuk dijadikan pegangan dan amalan ialah yang dibentangkan oleh kitab ini dan, kitab ini tidak diragukan lagi datangnya dari sisi Allah, maka seharusnya anda jangan takut lagi kepada celaan orang yang mencela atau keengkaran orang yang degil. Sebaliknya bersihkanlah hati anda dari segala ketakutan akan kekurangan atau ketamakan akan keuntungan dan beriman serta yakinlah dengan apa yang telah diakui oleh diri dan hati anda sendiri akan kebenarannya.

Dan apabila anda telah :
membezakan antara yang benar dengan yang palsu dengan akal yang waras yang dianugerahkan oleh Allah kepada anda dan, anda telah memilih yang benar dari yang palsu, maka telah selesailah tugas akal anda dalam mengkaji dan mengkritik. Lalu berpindahlah kuasa pemerintahan dari akal manusia kepada Allah dan Rasul. Tidak mungkin lagi bagi anda sesudah itu membuat keputusan dengan sendiri dalam seluruh hidup anda. Sebaliknya anda wajib mematuhi setiap apa yang perintahkan oleh Allah dan Rasul.

Memang anda tidak ditegah dari mempergunakan akal untuk memahami hukum-hukum dan mengkaji hikmah hikmahnya untuk dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan, tetapi anda tidak harus meragui dan mengungkit-ungkit apa yang disuruh oleh Allah, sama ada:
  1. Anda memahami hikmatnya atau tidak,
  2. Sama ada ianya secocok dengan ukuran akal anda atau tidak,
  3. Sama ada diputuskan oleh Allah dan Rasul itu mendatangkan keuntungan untuk dunia anda atau tidak dan,
  4. Ssama ada perintah Rasul itu sesuai dengan adat dan cara hidup yang diminati oleh orang ramai di dunia atau bertentangan dengannya;
MAKA tidak harus lagi bagi anda dalam semua keadaan itu kecuali tunduk dan patuh.
Kerana apabila anda beriman kepada Allah, percaya akan Rasul serta yakin bahawasanya setiap apa yang diseru oleh Rasul itu adalah datangnya dari Allah, bukan
dari dirinya sendiri (Dan dia tidak berkata menurut kemahuan hawa nafsunya sendiri,
perkataan itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.)An Najm: 3-4,

maka logiknya dari penyerahan dan keyakinan ini anda mengutamakan apa yang diputuskan oleh Allah dan Rasul dari apa yang diputuskan oleh akal anda dan tidak seharusnya anda mengkritik dan mengomen perintah-perintah dan larangan-larangan yang dibawa oleh Nabi dari sisi Allah dengan mempergunakan keintelekan dan percubaan ujikaji orang lain.

Sesungguhnya orang yang berkata: “Aku orang yang beriman”, kemudian selepas itu ia meragui dan mengungkit-ungkit apa yang didatangkan dari Allah maka artinya ia telah menolak dakwaannya sendiri dan membatalkan apa yang telah diucapkannya. Ia tidak mengetahui bahawa iman dan ragu adalah dua perkataan yang berlawanan yang tidak mungkin dicantumkan. Setiap peraturan dan disiplin itu dibina diatas asas taat dan patuh, sedangkan keraguan dan ungkitan tidak mendatangkan sesuatu kecuali kekacauan dan kezaliman. Maka jalan yang sederhana dan stabil inilah yang dinamakan sebagai 'ISLAM' dan golongan yang mengikuti jalan inilah yang digelar 'MUSLIM'. Sesungguhnya Islam bererti tunduk, patuh dan redha. Dan muslim ialah orang yang patuh kepada perintah pemerintah dan larangan pelarang dengan kepatuhan yang penuh redha. Maka penamaan ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa tidak dibangkitkan golongan yang keempat ini di dunia berasingan dari tiga golongan di atas serta jalan-jalan mereka yang sesat, kecuali supaya mereka mengikuti perintah Allah dan Rasul dan tunduk kepadanya. Sesungguhnya:tidak harus bagi golongan ini mengikuti akalnya pada setiap urusan, tidak harus baginya mempermainkan hukum Allah dengan mengambil apa yang sesuai dengan nafsunya dan meninggalkan apa yang tidak sesuai, tidak harus baginya melemparkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul ke belakang dan melencong mengikut manusia-manusia dengan buta tuli, sama ada manusia-manusia yang masih hidup atau sudah mati.
 

Hakikat ini telah disebut oleh Al-Quran dengan jelas. la berkata bahawa apabila datang perintah Allah kepada orang mukmin maka tiada lagi pilihan baginya.

(Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang
mukminah, apabila Allah dan Rasul telah manetapkan suatu ketetapan, maka ada lagi
bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai
Allah dan Rasul-Nya rnaka dia telah sesat, sesat yang nyata) Al-Ahzab: 36.

Dan ia berkata bahawa seorang yang mengambil sebahagian dari Kitab Allah dan
meninggalkan sebahagian yang lain akan membawa kepada kehinaan di dunia dan
akhirat.

(Apakah karnu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan engkar terhadap sebahagian
yang lain? Tiadalah balasan orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan
kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada hari kiamat mereka akan dikembalikan
kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lalai dari apa yang kamu perbuat) Al-
Baqarah: 85.

Dan Al-Quran berkata lagi bahawa hukuman orang mukmin pada sesuatu kes tertentu
wajiblah berpandu kepada Kitab Allah sekalipun sesuai dengan kehendak hawa
nafsunya ataupun bertentangan dengannya.

(Putuskanlah perkara mereka rnenurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang
kepadamu) Al-Maaidah:48.

la berkata juga sesiapa yang tidak menghukum menurut Kitab Allah maka ia adalah
fasik.

(Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan oleh Allah maka
rnereka itu adalah orang-orang yang fasik) Al-Maaidah: 47.

Dan setiap hukuman yang berlawanan dengan Kitab Allah maka itu adalah hukuman Jahiliah.

(Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki Dan hukum siapakah yang lebih balk
daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakinl) Al-Maaidah: 50
.

Kamudian Al-Quran berkata:
(Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan orang-orang yang memegang kekuasaan di antara kamu. Kemudian jika kamu barlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikan lah ia kepada Allah (Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kapada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya. Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan mengengkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kapada mereka: "Marilah kamu tunduk kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul," nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi manusia dengan sekuat-kuatnya dari mendekati kamu. Maka bagaimanakah halnya apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian meraka datang kepadamu sambil bersumpah: Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka,
kerana itu berpalinglah kamu daripada mereka dan berilah mareka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka. Dan kami tidak mengutus seseorang Rasul melainkan untuk ditaati dangan izin Allah. Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiayai dirinya datang kepadamu lain memohon ampun kepada Allah dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Maka demi Tuhanmu. mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.) An Nisaa': 59-65.


Sesungguhnya telah nyatalah dari ayat-ayat yang jelas ini sudut penamaan Islam dan
Muslim. Dan kini wajiblah di atas kita yang nama-nama kita tercatat di dalam senarai
Muslimin/muslimah melihat dan berfikir sejauh manakah kalimah muslim ini telah
menepati diri kita dan sejauh manakah benarnya cara hidup yang kita ikuti sekarang
boleh dinamakan ISLAM !

Oleh:
Sayyid Abu al-A’la Al-Maududi

Saturday 27 October 2012

Hangout Bareng Anak YAS


Lagi Makan Nasi Uduk


Padeh !!!


Agiah Tarui . . .


BASKO GRANDMALL







Kumpulan Arti Cinta

Cinta adalah sebuah perasaan yang diberikan oleh Tuhan pada sepasang manusia untuk saling….
(saling mencintai, saling memiliki, saling memenuhi, saling pengertian dll). Cinta itu sendiri sama
sekali tidak dapat dipaksakan, cinta hanya dapat brjalan apabila ke-2 belah phiak melakukan “saling”
tersebut… cinta tidak dapat berjalan apabila mereka mementingkan diri sendiri. Karena dalam
berhubungan, pasangan kita pasti menginginkan suatu perhatian lebih dan itu hanya bisa di dapat dari
pengertian pasangannya.

Cinta adalah memberikan kasih sayang bukannya rantai. Cinta juga tidak bisa dipaksakan dan
datangnya pun kadang secara tidak di sengaja. CInta indah namun kepedihan yang ditinggalkannya
kadang berlangsung lebih lama dari cinta itu sendiri. Batas cinta dan benci juga amat tipis tapi dengan
cinta dunia yang kita jalani serasa lebih ringan.

Cinta itu perasaan seseorang terhadap lawan jenisnya karena ketertarikan terhadap sesuatu yang
dimiliki oleh lawan jenisnya (misalnya sifat, wajah dan lain lain). Namun diperlukan pengertian dan
saling memahami untuk dapat melanjutkan hubungan, haruslah saling menutupi kekurangan dan mau
menerima pasangannya apa adanya, tanpa pemaksaan oleh salah satu pihak. Berbagi suka bersama dan berbagi kesedihan bersama.

Cinta itu adalah sesuatu yang murni, putih, tulus dan suci yang timbul tanpa adanya paksaan atau
adanya sesuatu yang dibuat-buat, Menurut saya pribadi cinta itu dapat membuat orang itu dapat
termotivasi untuk melakukan perubahan yang lebihb aik daripada sebelum ia mengenal cinta itu.

Cinta itu sesuatu yang suci dan janganlah kita menodai cinta yang suci itu dengan ke-egoisan kita yang hanya menginginkan enaknya buat kita dan ndak enaknya buat kamu. TIPS; untuk mengawetkan cinta dibutuhkan PENGERTIAN!

Suatu perasaan terdalam manusia yangmembuatnya rela berkorban apa saja demi kebahagiaan orang
yang dicintainya. Pengorbanannya itu tulus, tidak mengharap balasan. Kalau misalnya memberi banyak hadiah ke seseorang tapi dengan syarat orang itu harus membalasnya dengan mau jadi kekasihnya, itu bukan cinta namanya. CInta tidak bisa diukur dengan materi ataupun yang berasal dari dunia fana. Dan percayalah… cinta terbesar biasanya selalu datang dari ibu kandung, bukan dari pacar (sebab cinta pacar bisa luntur suatu saat atau setelah menikah kelak).

Cinta, membuat bahagia, duka ataupun buta. Cinta itu penuh pengorbanan, kepahitan, keindahan dan
kehangatan. Cinta adalah sebuah keinginan untuk memberi tanpa harus meminta apa-apa, namun cinta akan menjadi lebih indah jika keduanya saling memberi dan menerima, sehingga kehangatan,
keselarasan dan kebersamaan menjalani hidup dapat tercapai. CInta adalah kata yang memiliki banyak makna, bergantung bagaimana kita menempatkannya dalam kehidupan. Ai wa atatakai koto da. Cinta itu bisa membuat orang buta akan segalanya hanya demi rasa sayang terhadap sang kekasih. Kita juga tau apa maknanya cinta itu. Cinta psti bisa membuat orang merasakan suka dan duka pada waktu yang sama ketika kita berusaha mendapat kebahagiaan bersama. Jadi bukanlah kebahagiaan untuk kita sendiri. Meskipun demikian kita jangan samapi salah langkah agar tidak menuju kesengsaraan. Lakukanlah demi orang yang kamu kasihi agar kau tidak merasa sia-sia tanpa guna. Karena hal itulah yang membuat hidup menjadi lebih hidup (Losta Masta).

Cinta adalah perasaan hangat yang mampu membuat kita menyadari betapa berharganya kita, dan
adanya seseorang yang begitu berharga untuk kita lindungi. Cinta tidaklah sebatas kata-kata saja,
karena cinta jauh lebih berharga daripada harta karun termahal di dunia pun. Saat seseorang memegang tanganmu dan bilang ” Aku cinta kamu…” pasti menjadi perasaan hangat yang istimewa! Karena itu, saat kamu sudah menemukan seseorang yang begitu berharga buat kamu, jangan pernah lepaskan dia! Namun adakalanya cinta begitu menyakitkan, dan satu-satunya jalan untuk menunjukkan cintamu hanyalah merlekan dia pergi.

Cinta itu adalah sebuah perasaan yang tidak ada seorangpun bisa mengetahui kapan datangnya, bahkan sang pemilik perasaan sekalipun. Jika kita sudah mengenal cinta, kita akan menjadi orang yang paling berbahagia di dunia ini. Akan tetapi, bila cinta kita tak terbalas, kita akan merasa bahwa kita adalah orang paling malang dan kita akan kehilangan gairah hidup. Dengan cinta, kita bisa belajar untuk menghargai sesama, serta berusaha untuk melindungi orang yang kita cintai, apaun yang akan terjadi pada kita. Ai ga kirei’n da!

Cinta merupakan anugerah yang tak ternilai harganya dan itu di berikan kepada makhluk yang paling
sempurna, manusia. Cinta tidak dapat diucapkan dengan kata-kata, tidak dapat dideskripsikan dengan
bahasa apaun. Cinta hanya bisa dibaca dengan bahasa cinta dan juga dengan perasaan. Cinta adalah
perasaanyang universal, tak mengenalgender, usia, suku ataupun ras. Tak perduli cinta dengan sesama
mansuia, dengan tumbuhan, binatang, roh halus,ataupun dengan Sang Pencipta. Lagipula, cintaitu buta. Buta sama degnan meraba-raba. Jadi… cinta itu meraba-raba…(^o^)/… meraba-raba isi hati yang dicinta…

NANCY MATTHEWS EDISON

Suatu hari, seorang bocah berusia 4 tahun, agak tuli dan bodoh di sekolah, pulang ke rumahnya membawa secarik kertas dari gurunya. ibunya membaca kertas tersebut, " Tommy, anak ibu, sangat bodoh. kami minta ibu untuk mengeluarkannya dari sekolah."

sang ibu terhenyak membaca surat ini, namun ia segera membuat tekad yang teguh, " anak saya Tommy, bukan anak bodoh. saya sendiri yang akan mendidik dan mengajar dia."

Tommy bertumbuh menjadi Thomas Alva Edison, salah satu penemu terbesar di dunia. dia hanya bersekolah sekitar 3 bulan, dan secara fisik agak tuli, namun itu semua ternyata bukan penghalang untuk terus maju.

tak banyak orang mengenal siapa Nancy Mattews, namun bila kita mendengar nama Edison, kita langsung tahu bahwa dialah penemu paling berpengaruh dalam sejarah. Thomas Alva Edison menjadi seorang penemu dengan 1.093 paten penemuan atas namanya. siapa yang sebelumnya menyangka bahwa bocah tuli yang bodoh sampai-sampai diminta keluar dari sekolah, akhirnya bisa menjadi seorang genius? jawabannya adalah ibunya!

ya, Nancy Edison, ibu dari Thomas Alva Edison, tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah terhadap anaknya. Nancy yang memutuskan untuk menjadi guru pribadi bagi pendidikan Edison dirumah, telah menjadikan puteranya menjadi orang yang percaya bahwa dirinya berarti. Nancy yang memulihkan kepercayaan diri Edison, dan hal itu mungkin sangat berat baginya. namun ia tidak sekalipun membiarkan keterbatasan membuatnya berhenti...

JOANNE KATHLEEN ROWLING

sejak kecil, Rowling memang sudah memiliki kegemaran menulis. bahkan di usia 6 tahun, ia sudah mengarang sebuah cerita berjudul Rabbit. ia juga memiliki kegemaran tanpa malu-malu menunjukan karyanya kepada teman-teman dan orangtuanya. kebiasaan ini terus dipelihara hingga ia dewasa. daya imajinasi yang tinggi itu pula yang kemudian melambungkan namanya di dunia.

akan tetapi, dalam kehidupan nyata, Rowling seperti tak henti disera masalah. keadaan yang miskin, yang bahkan membuat ia masuk dalam kategori pihak yang berhak memperoleh santunan orang miskin dari pemerintah Inggris, itu masih ia alami ketika Rowling menulis seri Harry Potter yang pertama. ditambah dengan perceraian yang ia alami, kondisi yang serba sulit itu justru semakin memacu dirinya untuk segera menulis dan menuntaskan kisah penyihir cilik bernama Harry Potter yang idenya ia dapat saat sedang berada dalam sebuah kereta api. tahun 1995, dengan susah payah, karena tak memiliki uang untuk memfotocopy naskahnya, Rowling terpaksa menyalin naskahnya itu dengan mengetik ulang menggunakan sebuah mesin ketik manual.

naskah yang akhirnya selesai dengan perjuangan susah payah itu tidak lantas langsung diterima dan meledak di pasaran. berbagai penolakan dari pihak penerbit harus ia alami terlebih dahulu. diantaranya, adalah karena semula ia mengirim naskah dengan memakai nama aslinya, Joanne Rowling. pandangan meremehkan penulis wanita yang masih kuat membelenggu para penerbit dan kalangan perbukuan menyebabkan ia menyiasati dengan menyamarkan namanya menjadi JK Rowling. memakai dua huruf konsonan dengan harapan ia akan sama sukses dengan penulis cerita anak favoritnya CS Lewis.

akhirnya keberhasilan pun tiba. Harry Potter luar biasa meledak dipasaran. semua itu tentu saja adalah hasil dari sikap pantang menyerah dan kerja keras yang luar biasa. tak ada kesukdedan yang dibayar dengan harga murah.